Exploring the business and economy news of Nepal
Provided by AGPLONDON, May 12, 2026 (GLOBE NEWSWIRE) -- Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA) hari ini mengumumkan bahawa pihaknya telah berjaya menyelesaikan transaksi pertamanya bagi EVF General Finance Joint Stock Company (EVF) di Vietnam. Melalui transaksi ini, EMGA berjaya memperoleh pembiayaan hutang berjumlah AS$25 juta daripada OPEC Fund for International Development (OFID).
Mengulas mengenai transaksi tersebut, Ketua Pasaran Modal EVF, Dinh Ngoc Bao berkata: “Kami berbesar hati dapat bekerjasama dengan EMGA bagi mendapatkan kemudahan pembiayaan ini daripada OPEC Fund. Transaksi ini merupakan pencapaian penting dalam strategi EVF untuk memperluas akses pembiayaan kepada sektor PKS di Vietnam, yang menjadi pemacu utama pertumbuhan ekonomi dan inovasi negara.”
Beliau menambah: “Kami berkongsi aspirasi yang sama dengan OPEC Fund dalam menyokong keusahawanan serta menggalakkan pembangunan mampan sektor swasta. Kami percaya kerjasama ini mewujudkan asas yang kukuh untuk kolaborasi strategik yang lebih meluas pada masa hadapan, sekali gus memperkukuh sokongan kepada komuniti perniagaan, mempercepat pembangunan ekonomi dan mewujudkan peluang jangka panjang dalam pasaran modal antarabangsa.”
Ketua Perbankan Pelaburan dan Pengarah Urusan EMGA, Sajeev Chakkalakal berkata: “Kami berbesar hati dapat menjayakan transaksi pertama ini dan sekali gus menyokong kesinambungan visi EVF dalam menyokong sektor PKS serta usaha menangani perubahan iklim di Vietnam. Kerjasama ini juga merupakan pengalaman yang sangat positif untuk bekerjasama dengan rakan jangka panjang kami, OFID, ketika mereka berusaha memperluas portfolio dalam sektor kewangan Vietnam.”
Ketua Operasi dan Pengarah Urusan EMGA, Jeremy Dobson menambah, “Kemudahan pembiayaan ini mengukuhkan rekod prestasi kami di Vietnam dan merupakan kali pertama kami bekerjasama dengan institusi kewangan bukan bank (IKBB) di negara tersebut. Kami percaya bahawa pembiayaan hutang ini akan membantu memperkukuh kepelbagaian sumber pembiayaan EVF dan kami menantikan kerjasama lanjut dalam masa terdekat.”
EVF General Finance Joint Stock Company (EVF), yang ditubuhkan pada tahun 2008 dan beribu pejabat di Hanoi, merupakan salah satu institusi kewangan bukan bank terkemuka di Vietnam. Syarikat ini menyediakan pelbagai perkhidmatan kewangan termasuk pembiayaan korporat, perbendaharaan, pengumpulan modal, serta penyelesaian pembiayaan untuk pelanggan institusi dan runcit. Disenaraikan di Bursa Saham Ho Chi Minh dengan kod dagangan ‘EVF’, syarikat ini telah membina hubungan kerjasama strategik dengan institusi kewangan domestik dan antarabangsa, sambil menyokong pertumbuhan sektor swasta serta ekonomi PKS di Vietnam.
Emerging Markets Global Advisory LLP (EMGA), dengan pejabat di London dan New York, membantu institusi kewangan dan korporat mencari modal hutang atau ekuiti baharu. Pasukan multinasional EMGA, dengan pengalaman berdekad-dekad, menggabungkan kepakaran yang diperlukan untuk melaksanakan transaksi bagi pihak pelanggan di pasaran sedang membangun dan ekonomi hadapan di seluruh dunia, termasuk Vietnam yang kekal sebagai pasaran utama. Dengan rekod pencapaian yang terbukti dalam pembentukan modal dan nasihat strategik merentasi pelbagai kitaran ekonomi, EMGA terus memperluas jangkauan geografi serta penawaran perkhidmatannya, sekali gus mengukuhkan kedudukan sebagai salah satu bank pelaburan khusus terkemuka yang berfokus kepada pasaran sedang membangun.
Hubungi info@emergingmarketsglobaladvisory.com
Legal Disclaimer:
EIN Presswire provides this news content "as is" without warranty of any kind. We do not accept any responsibility or liability for the accuracy, content, images, videos, licenses, completeness, legality, or reliability of the information contained in this article. If you have any complaints or copyright issues related to this article, kindly contact the author above.